Monday, 18 January 2016


KEPENTINGAN STORAN

1.Ruang Simpanan  
Storan ingatan kedua boleh menyimpan data dengan banyak tetapi menjimatkan ruang pada sistem komputer itu sendiri.

2.Kesahan Data  -  
 Data yang dimpan di dalam storan jenis ini (contohnya di dalam 
cakera keras) lebih selamat berbanding dengan data yang  
disimpan dalam bentuk salinan keras atau fail.  Ini kerana storan  
jenis ini sukar dirosakkan oleh manusia.
 
3.Kebolehpercayaan  -  
Penyimpanan data dalam storan ini memudahkan seseorang  
pekerja atau pengguna mencapai data atau maklumat dengan  
lebih pantas dan mudah.  Data tersimpan juga boleh dikongsi  
bersama-sama pengguna yang lain.  Ini meningkatkan  
kepercayaan dalam tugas yang dilaksanakan oleh seseorang.
 
4.Ekonomi  -  
Storan ini lebih menjimatkan lokasi, ruang dan kos berbanding  
dengan penyimpanan data secara klasik, iaitu dengan menyimpan  
di dalam fail dan meletakkan fail-fail tersebut di dalam kabinet  
atau almari.